Hassan al-Kontar. foto BBC

KUALA LUMPUR – Lelaki Syria yang menghabiskan masanya berbulan-bulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dipindahkan dan diletakkan bawah pengawasan polis.

Keadaan Hassan al-Kontar menjadi perhatian pada awal tahun ini selepas berita mengenai yang tinggal di KLIA.

Beliau telah meninggalkan Syria untuk mengelak daripada khidmat mandatori dalam tentera ketika perang meletus.

Berikutan itu beliau enggan pulang ke negaranya dan mencari suaka di negara ketiga.

Dia telah mencari suaka di negara ketiga.

BBC melaporkan, kelibat lelaki itu tidak ada lagi di terminal.

Menurut media itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, lelaki itu akan dirujuk kepada jabatan itu selepas polis selesai menyoal siasatnya.

Mustafar dipetik sebagai berkata, Jabatan Imigresen akan menghubungi dengan Kedutaan Syria bagi menghantar lelaki itu pulang. – MalaysiaGazette