Media Prima Bhd melantik Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial berkuat kuasa 2 Okt.
Media Prima Bhd melantik Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial berkuat kuasa 2 Okt.

KUALA LUMPUR – Media Prima Bhd melantik Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial berkuat kuasa 2 Okt.

Dalam kenyataan hari ini, Media Prima berkata Mustapha Kamil juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sistem Televisyen Malaysia Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

“Sebagai pengarah eksekutif, beliau bertanggungjawab untuk operasi keseluruhan berita dan fungsi editorial Media Prima,” kata syarikat itu.

“Beliau akan menyediakan arah tuju strategik dan pengawasan ke atas Rangkaian Televisyen Media Prima dan NSTP, dan akan memberi tumpuan kepada usaha mengoptimumkan sumber-sumber berita kumpulan, selari transformasi perniagaan Media Prima,” katanya.

Media Prima berkata Mustapha Kamil mempunyai pengalaman 26 tahun dalam bidang kewartawanan dan memgang pelbagai jawatan dalam syarikat, termasuk perwarta luar negara NSTP di New York, Pengarang Urusan Business Times dan Pengarang Kumpulan New Straits Times sehingga meletak jawatan pada 2016.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan