Kira-kira 1,700 buah rumah musnah selepas gempa bumi berlaku di Palu, Sulawesi Indonesia pada Jumaat lalu. foto Reuters

JAKARTA – Pencairan tanah menyebabkan banyak bangunan runtuh di banda Palu di Indonesia selepas gempa bumi kuat dengan 7.5 magnitud pada Jumaat lalu.

Bencana alam itu telah mengorbankan lebih 1,200 nyawa setakat ini.

Pencairan tanah adalah adalah fenomena di mana pasir dan lumpur tepu mudah mengalami pergerakan ketika berlaku gegeran kuat semasa gempa bumi, menurut Geologi Ukur Amerika Syarikat.

Kesannya telah disamakan dengan ‘menggempur’ pantai yang basah, keras dan berpasir. Keadaan itu akan menyebabkan tanah menjadi lembut seperti jeli.

Di Balaroa, Palu, hampir 1,700 buah kediaman ‘ditelan’ apabila gempa bumi mengakibatkan tanah menjadi lembut.

Imej-imej satelit menunjukkan selatan Lapangan Terbang Palu, menunjukkan sebahagian besar kawasan bandar terhapus.

“Apabila gempa melanda, lapisan di bawah permukaan bumi menjadi berlumpur dan longgar,” kata Sutopo Purwo Nugroho, Ketua Agensi Bencana Alam Indonesia.

“Lumpur menenggelam dan mengheret kompleks perumahan di Petobo sehingga kebanyakan mereka seolah-olah mereka diserap. Kami menganggarkan 744 buah rumah ada di sana,” kata Sutopo.

Rakaman video amatur kelihatan menunjukkan pokok, bangunan dan juga menara komunikasi besar musnah sama sekali akibat pergerakan tanah yang pantas.

Pencairan tanah kemungkinan berlaku pada tanah yang ditebus. Kawasan yang mempunyai air cetek dan berhampiran dengan laut atau sungai juga mudah terdedah kepada pencairan.

“Berbanding dengan apa yang terbentuk secara semula jadi dalam jangka panjang, tanah buatan manusia dibina dalam jangka masa yang singkat, zarah tanah sambung secara longgar antara satu sama lain,” kata Profesor Toshitaka Kamai, dari Institut Penyelidikan Pencegahan Bencana Universiti Kyoto .

Bandar timur Urayasu, sebahagian besar tanah dibentuk oleh penambakan, menyaksikan 86 peratus daripada tanahnya terjejas selepas gempa bumi besar pada tahun 2011.

Ia mengambil masa enam tahun untuk memperbaiki semua pembetungan bawah tanah, kemudahan air dan gas yang rosak. – MalaysiaGazette