Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menerima cenderamata daripada Pengerusi Jawatankuasa Induk Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC, Datuk Eddie Heng (kanan) sambil diiringi Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri) pada Majlis Perasmian Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC 2018 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 OKTOBER 2018
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menerima cenderamata daripada Pengerusi Jawatankuasa Induk Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC, Datuk Eddie Heng (kanan) sambil diiringi Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri) pada Majlis Perasmian Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC 2018 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Kegagalan pelajar bukan Melayu menguasai Bahasa Kebangsaan berpunca daripada sistem pembelajaran yang diperkenalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tidak menyeronokkan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kaedah pembelajaran hari ini perlu diubah kepada pendekatan baharu melalui medium hiburan pendidikan untuk menggalakkan orang ramai meminati bahasa Melayu.

“Pembelajaran bahasa Melayu tidak menyeronokkan, tidak menggembirakan. Kita perlu menjadikan pembelajaran bahasa Melayu itu sesuatu yang santai, menyeronokkan dan akhirnya dia sendiri akan menarik orang ramai belajar

“Sebab itu saya katakan perlu dengan unsur-unsur edutainment dengan filem P.Ramlee dan cerita Upin Ipin. Ini semua untuk menjadikan bahasa Melayu itu suatu yang trending, fancy dan suatu yang ingin dihayati,” katanya pada sidang media di HGH Convention Centre, di sini hari ini.

MGF02102018_FORUM PENINGKATAN STANDARD BAHASA MELAYU SJKC11
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menurunkan tandatangan sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC, Datuk Eddie Heng (kanan) pada Majlis Perasmian Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC 2018 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 OKTOBER 2018

Maszlee terdahulu merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan di SJKC Jalan Sentul, di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Maszlee juga memberi jaminan kaedah pembelajaran melalui hiburan itu juga akan dapat mengatasi masalah penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam komunikasi sebelum ini.

“Saya yakin kita boleh lakukan, pokok pangkalnya jangan jadikan isu ini sebagai isu perkauman, isu politik dan bukan untuk score point, Kita letakkan ke tepi.

“Pembelajaran Bahasa Melayu perlu dilakukan dengan penuh kegembiraan, penuh kasih sayang dan saling hormat-menghormati.

“Kita perlu banyakkan program yang menggembira dan menyeronokkan seperti corul speaking dan ini yang kita kurang pada hari ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan