Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap Keluarga Diraja Johor.

Baginda amat kesal apabila terdapat dakwaan yang kini viral di laman media sosial mendakwa Keluarga DiRaja Johor mengambil tanah sebuah Sekolah Agama swasta di Johor Bahru.

fitnah
Kenyataan fitnah yang viral membabitkan Keluarga Diraja Johor.

“Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Tuanku Sultan Ibrahim berkata, perkara ini juga sengaja disebarkan dalam laman media sosial walaupun berita itu adalah tidak benar. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan