gambar
Gambar hiasan

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak menyekat sekurang-kurangnya lebih 100 visa pasangan gay bertaraf diplomat berkuatkuasa serta merta.

Agensi melaporkan, tindakan itu tidak pula dikenakan kepada mana-mana pasangan gay yang sudah berkahwin terlebih dahulu sebelum ini.

Ini juga merupakan satu tamparan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selepas pentadbiran Presiden Donald Trump baru-baru ini menarik balik perlindungan terhadap mereka.

Ketika pemilihan pilihan raya Presiden AS, golongan LGBT ada memohon perlindungan terhadap mereka perlu ditingkatkan di negara ini.

Namun, kerajaan Trump memberikan alasan tindakan tersebut dilakukan atas kapasiti timbal balik perundangan dan bukan berniat anti-gay.

Peraturan baru juga telah menggariskan mana-mana pasangan gay yang belum berkahwin dan mempunyai taraf diplomat untuk segera melakukan demikian sebelum penghujung tahun bagi membolehkan mereka menerima visa itu.

DT
Donald Trump. foto Agensi

Sebelum ini, dasar kerajaan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh bekas setiausaha negara Hillary Clinton, AS mengeluarkan visa untuk pasangan sama jantina tanpa mengira status perkahwinan mereka.

Kira-kira 105 keluarga terjejas daripada keputusan itu dengan hampir 55 daripadanya dihantar bertugas di organisasi berpangkalan di AS seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Menurut sumber dari Jabatan Dalam Negeri, para diplomat masih boleh mendapatkan visa untuk pasangan mereka jika telah berkahwin termasuk berkahwin di AS sendiri.

Bekas duta AS ke PBB, Samantha Power mengkritik tindakan pentadbiran Trump itu sebagai kejam dan taksub. – Malaysia Gazette

Tinggalkan Jawapan