Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman hari ini, mengesahkan enam daripada 14 calon ketua cabang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti bagi penggal 2018-2021. 
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman hari ini, mengesahkan enam daripada 14 calon ketua cabang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti bagi penggal 2018-2021. 

KUANTAN – Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman hari ini, mengesahkan enam daripada 14 calon ketua cabang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti bagi penggal 2018-2021.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka kerana ia hanya akan diumumkan secara rasmi selepas tamat proses pemilihan peringkat negeri yang akan diadakan pada Sabtu ini.

“Ada di antara mereka yang merupakan muka baharu. Kemenangan enam calon itu juga menunjukkan mereka mendapat kepercayaan daripada anggota parti untuk mewakili suara mereka ke peringkat tertinggi.

“Pada Sabtu ini, lapan lagi calon ketua cabang masing-masing berdepan dengan pertandingan satu lawan satu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fauzi menambah ketua cabang yang menang tanpa bertanding ialah Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Kuala Krau, Rompin dan Cameron Highlands.

Beliau juga menambah pada pemilihan kali ini, seramai 15,000 anggota parti di negeri ini akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pimpinan parti.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan