Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor. foto MALAYSIAGAZETTE
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor. foto MALAYSIAGAZETTE

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai memberi keterangan kepada Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram di Menara KPJ di sini.

Najib yang hadir pada pukul 9.40 pagi meninggalkan Menara KPJ kira-kira pukul 1 petang.

Sementara itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira pukul 10.45 pagi tadi sehingga kini masih memberi keterangan.

Kedua-dua Najib dan Rosmah dipanggil memberi keterangan masing-masing berhubung 1Malaysia Development Berhad dan SRC International. — MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan