Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 SEPTEMBER 2018
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai tuduhan liar terhadapnya timbul sejak kebelakangan ini seolah-olah jalan mudah untuk dijadikan modal apabila sesuatu perkara yang gagal dilaksanakan.

Menulis di laman sosial Facebook dan Twitternya, Najib berkata: “Senanglah kerja semua orang guna modal ‘Semua salah Najib’.

“Harga tak turun? Salah Najib. Man U kalah? Salah Najib. Esok kalau hujan lewat masuk kerja? Salah Najib.”

Catatan beliau itu rentetan daripada paparan sebelum itu yang menganggap dakwaan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Kevin Morais kononnya beliau ditawarkan RM3.5 juta oleh Najib untuk mengaku bersalah sebagai mengarut.

Beliau turut memaparkan pautan berita yang jelas menunjukkan bahawa Morais tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB.

Najib turut dipersalahkan dalam pelbagai perkara lain termasuk telah menyebabkan hutang negara meningkat terlalu tinggi sehingga menyukarkan kerajaan baharu Pakatan Harapan sukar melaksanakan manifesto mereka. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan