TERKINI : Membazir 3.6 Juta Untuk Anwar Bakal PM ke 8? – Fahmi Fadzil

46
0

Pakatan Harapan menafikan wang rakyat RM3.6 juta dibazirkan apabila Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Port Dickson 13 Oktober ini terpaksa diadakan bagi memberi laluan kepada calon gabungan itu.

Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil berkata, mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding tidak bermakna membazir wang rakyat.

“Saya rasa tidak membazir (RM3.6 juta), demokrasi mengundi ialah sebahagian proses pilihan raya negara kita.

“Mungkin beliau (Saiful Bukhari) mempunyai pandangan tersendiri,” katanya dalam sidang media perkembangan kempen harian PH di Bilik Gerakan Utama di Waterfront Pantai Port Dickson di sini.

Tinggalkan Jawapan