SINGAPURA – Harga minyak susut daripada paras tertinggi empat tahun pada sesi sebelumnya. didorong oleh peningkatan inventori Amerika Syarikat.

Penurunan harga itu turut dipacu oleh peningkatan pengeluaran minyak mentah oleh Arab Saudi dan Rusia.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$85.85 setong, susut AS$0.44 daripada harga penutup.

Semalam, Brent mencecah paras AS$86.74 setong.

Manakala minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) jatuh 0.4 peratus kepada AS$76.11 setong.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat melonjak hampir 8 juta tong minggu lepas kepada 404 juta tong, kenaikan terbesar sejak Mac tahun lalu, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga. – MalaysiaGazette
s