Jenazah Allahyarham Adnan Othman tiba di kediaman keluarganya di Taman Jaya, Lukut.

PORT DICKSON – Anggota Bomba dan Penyelamat, Adnan Othman yang meninggal dunia selepas lemas di lombong di Puchong selamat tiba di perkarangan kediaman keluarganya di Taman Jaya, Lukut.

Van bomba dari ibu pejabat Shah Alam yang membawa jenazah tiba jam 11.45 pagi.

Suasana hiba menyelubungi perkarangan kediaman jenazah tatkala jenazah Allahyarham Adnan dibawa masuk ke dalam kediaman keluarganya.

Isteri Adnan, Norahamiza Salleh, 32 dan ahli keluarganya cukup sugul dan tidak dapat menahan sebak sebaik jenayah dibawakan masuk dalam kediaman.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam tadi, enam anggota dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.

Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan