Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor. foto MALAYSIAGAZETTE
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor. foto MALAYSIAGAZETTE

KUALA LUMPUR – Suasana di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sesak hari ini dengan para pengamal media, pasukan keselamatan dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana buat pertama kalinya Najib dan Rosmah dihadapkan ke mahkamah pada hari yang sama.

MGF04102018_MAHKAMAH DUTA_04
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi mendengar beberapa pertuduhan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 OKTOBER 2018

Bekas perdana menteri itu bergerak dari kediamannya di Jalan Duta manakala Rosmah dibawa dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah ditahan pada pukul 3.30 petang semalam.

MGF04102018_MAHKAMAH DUTA_02
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi mendengar pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti HAram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 OKTOBER 2018

Rosmah tiba di Mahkamah Sesyen pukul 8.32 pagi berbaju kurung jingga.

Najib berada di Mahkamah Tinggi hari ini bagi pengurusan kes pecah amanah dan menyalahkan kedudukan sebagai perdana menteri.

Rosmah pula dijangka berdepan pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen. – MalaysiaGazette