Mohammad Razin Abdullah

PUTRAJAYA – Nama terpanjang di Malaysia milik Princess Aura Nurr Emily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

Nama itu mempunyai 63 aksara dan 12 perkataan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, Princess Aura dilahirkan pada tahun lalu.

Dalam sambutan Hari Pendaftaran Kebangsaan 2018 yang diadakan pada hari ini, Mohamamad Razin berkata, nama yang paling ramai didaftarkan adalah Ismail (72,157) orang manakala Ahmad dan Abdullah masing-masing 57,914 dan 47,989.

Nama perempuan paling popular pula adalah Fatimah (74,605), diikuti Zainab (41,450) dan Azizah (34,414).

Mohammad Razin berkata, nama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman – merupakan satu-satunya nama seumpama itu yang didaftarkan di negara ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Mohd Azis. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan