Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) merupakan satu daripada unit penting dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) merupakan satu daripada unit penting dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

KUALA LUMPUR – Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) merupakan satu daripada unit penting dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Semasa awal penubuhannya pada 1987 di Perak, pasukan itu dikenali dengan nama Unit Scuba Bomba.

Menurut carian di Internet, penubuhannya pada masa itu adalah kerana kekerapan panggilan mencari dan menyelamat di air.

JBPM mengambil langkah proaktif pada awal 90-an dengan memperlengkapkan pasukan penyelam dengan pelbagai peralatan menyelamat di air yang baharu dan terkini.

“Pada tahun 2006, unit ini telah ditukar nama kepada PPDA dan sehingga tahun 2012 terdapat seramai 472 orang anggota PPDA terlatih di seluruh Malaysia,” menurut laman www.bomba.gov.my.

Peranan utama unit PPDA adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air dengan pegawai dan anggotanya yang berkelayakan dilatih di dalam dan luar negara.

Anggota unit PPDA mesti mempunyai lesen menyelam daripada National Association of Underwater Instructors (NAUI).

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan