Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.foto IQBAL BASRI, 13 OGOS 2018
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang tertuduh kes pembunuhan Kevin Morais yang menuduhnya menawarkan wang sejumlah RM3.5 juta supaya mengaku membunuh Timbalan Pendakwa Raya itu.

Bekas Perdana Menteri itu juga mendesak agar tertuduh berkenaan, S. Ravi Chandaran mendedahkan nama wadar penjara yang didakwa membuat tawaran itu bagi pihaknya.

“Pegawai penjara ini, jika dia wujud, pastinya akan tetap bekerja di penjara. Ravi mesti menamakannya dan satu kenyataan mesti direkodkan polis daripada pegawai penjara untuk menguji kebenaran keterangan Ravi.

“Sekiranya Ravi tidak menyokong kenyataannya, saya mendesak pihak berkuasa untuk menuduh Ravi kerana bercakap tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Najib, Ravi telah bercakap bohong apabila membuat tuduhan tersebut.

“Saya membaca laporan prosiding mahkamah pada 2 Oktober 2018 dan terkejut dengan tuduhan yang tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Ravi yang juga tertuduh ketujuh dalam kes tersebut mengaku di Mahkamah Tinggi baru-baru ini bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh Najib untuk mengaku bersalah membunuh Kevin.

Ravi, 47, turut mengakui bahawa tawaran itu dibuat melalui pegawai penjara kepadanya.

Tertuduh itu juga pernah mendakwa seorang lagi tertuduh, Kolonel Dr. R Kunasegeran telah menawarnya RM 1.5 juta dan abang Kevin, Datuk Richard Morais menawarkan RM2 juta untuk tujuan yang sama.

Tuduhan-tuduhan ini sama sekali tidak benar dan dinafikan dengan tegas oleh Najib.

“Kenyataan ini adalah paling mengecewakan dan tidak membawa sebarang keadilan kepada mendiang Kevin Morais atau kepada saya.

“Adalah tidak baik untuk Ravi berbohong dengan cara begitu, seolah-olah mengambil kesempatan dengan keadaan semasa yang melanda saya dan menjejaskan reputasi saya dengan cara tidak adil,” katanya.

Najib percaya, baik pendakwa raya mahupun mana-mana peguam bela dalam kes pembunuhan itu percaya dakwaan Ravi itu pelik.

Lebih-lebih lagi, Kevin tidak terlibat dalam penyiasatan atau pengawasan dalam kes 1MDB atau kes SRC.

Jadi, ini lebih mudah untuk menentukan oleh siasatan yang betul. – MalaysiaGazette

Najib tawar RM3.5 juta jika mengaku bunuh Kevin Morais, kata tertuduh

Tuduhan OKT ketujuh kes Kevin Morais sangat mengarut – Najib

Tinggalkan Jawapan