Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi mendengar pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti HAram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Pengamal media sudah mula memenuhi ruang legar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menantikan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau dipercayai telah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuju ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7:45 pagi tadi.

Beberapa anggota polis sudah bersiap sedia mengawal keadaan.

Rosmah ditahan di lokap SPRM selepas ditahan pada pukul 3.20 petang semalam ketika memberi keterangan untuk kali ketiga.

SPRM dalam kenyataannya berkata, Rosmah ditahan berhubung siasatan pengubahan wang haram selepas SPRM mendapat kebenaran daripada Pejabat Peguam Negara.

Najib juga dijangka berada di mahkamah sama hari ini untuk sebutan semula kes pecah amanah dan salah guna kuasa. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan