Mayat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, ditemui terapung 800 meter dari lokasi kejadian.
Mayat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, ditemui terapung 800 meter dari lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR – Mayat remaja lelaki yang lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong di sini semalam, ditemui 5.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata mayat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, ditemui terapung 800 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat remaja itu ditemui oleh anggota bomba yang membuat pemeriksaan di kawasan itu.

“Ahli keluarga mangsa juga telah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan telah mengesahkan itu adalah anaknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat remaja itu dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Mohammad Azzam Naim, 46, menzahirkan rasa syukur yang mayat anaknya itu telah ditemui.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Putra Perdana malam ini,” katanya.

Semalam, operasi mencari dan menyelamat remaja itu bertukar tragedi apabila enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika menjalankan operasi SAR.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan