Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang penghantar ikan kerana memuatnaik komen menghina kematian dua anggota polis dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Selasa lepas.
Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang penghantar ikan kerana memuatnaik komen menghina kematian dua anggota polis dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Selasa lepas.

TAIPING – Seramai 10 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berumur 13 tahun bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Siti Nor Rasyidah M. Nadzri ketika ditemui pemberita berkata kesemua remaja berumur 15 hingga 17 tahun tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah kosong dan beberapa lokasi di Kamunting antara pukul 9.30 pagi hingga 3.30 petang, pada 18 hingga 25 Sept 2018.

Katanya, kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

“Mahkamah menetapkan jaminan ke atas kesemua remaja itu antara RM3,500 hingga RM6,000 dengan seorang penjamin dengan syarat mereka tidak boleh mendekati dan menganggu mangsa sepanjang prosiding berlangsung sehingga kes selesai,” katanya dengan menambah kesemua remaja diwakili M. Kathan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Menurut Siti Nor Rasyidah, kes itu disebut semula pada 28 Nov untuk lantikan peguam dan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan