Wan Saiful Wan Jan
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan mencuba simulator Formula 1 sambil disaksikan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff (dua kanan), Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Muazzam Mohamed (dua kiri) dan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Sureson Krisnasamy (kanan) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Minggu Menabung SSPN 2018 (Peringkat Nasional) di One Utama, Bandar Utama Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 05 OKTOBER 2018

PETALING JAYA – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru agamawan menyampaikan mesej tentang kepentingan amalan menabung kepada masyarakat. 

Ini kerana golongan itu mempunyai kemudahan untuk berjumpa dengan orang ramai menerusi program kuliah. 

“Saya menyeru golongan alim ulama yang ada akses di surau untuk beri kuliah, guna sebahagian agenda untuk galakkan menyimpan dan menabung kepada masyarakat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘Minggu Menabung’ yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. 

Ujarnya, amalan menabung perlu diterapkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberikan manfaat demi masa hadapan. 

Sepanjang tiga hari kempen Minggu Menabung berlangsung pelbagai aktiviti menarik diadakan di semua cawangan PTPTN seluruh Malaysia. 

Dalam pada itu Wan Saiful mahu agar persepsi  terhadap PTPTN berubah kerana perbadanan itu bukan sekadar berfungsi sebagai pemberi pinjaman kepada pelajar, sebaliknya mempunyai saluran untuk menyimpan wang bagi tujuan pendidikan. 

“Fungsi dan peranan PTPTN bukan semata-mata berikan pinjaman pendidikan, ini yang kita kena faham, PTPTN juga ada skim galak menabung, 

Terkini katanya, sebanyak 3.67 juta akaun SSPN dibuka di seluruh negara.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan