Datuk Dzulkifli Fadzilah
Datuk Dzulkifli Fadzilah

KUALA LUMPUR – Datuk Dzulkifli Fadzilah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang baharu berkuat kuasa 15 Okt ini.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Dzulkifli menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee yang memegang jawatan tersebut sejak Jun 2015.

Dzulkifli pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dari 2011 hingga 2017 dan merupakan ahli jawatankuasa Skim Penyelesaian Hutang Kecil di Bank Negara Malaysia.

Beliau merupakan graduan California State University dalam bidang perakaunan dan Sarjana Kewangan dari Golden Gate University, San Francisco, Amerika Syarikat. – Bernama

Tinggalkan Jawapan