Kelapa sawit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penanaman buah kelapa sawit segar (FFB) dan penjualan buah kelapa sawit tidak tertakluk kepada Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018 kerana ia tidak ditakrif sebagai pengilang.

Ia sejajar di bawah Sekyen 8 Akta Cukai Jualan 2018 yang mana cukai jualan hanya dikenakan ke atas barangan bercukai yang dikilangkan oleh pengilang yang berdaftar dan barang cukai yang diimport.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, bagaimanapun, bagi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), hanya cukai jualan import dikenakan bagi buah kelapa sawit segar yang diimpot.

Ini bertujuan melindungi industri kelapa sawit, khususnya peladang. – MalaysiaGazette