SINGAPURA – Harga minyak global naik menjelang sekatan eksport Iran oleh Amerika Syarikat bulan depan.

Kenaikan itu dapat membendung kerugian yang dialami pada sesi sebelumnya, disebabkan kenaikan dalam inventori Amerika Syarikat selepas Arab Saudi dan Rusia meningkatkan pengeluaran.

Niaga hadapan Brent didagangkan AS$84.94 setong, naik AS$0.36 setong daripada harga penutup.

Manakala West Texas Intermediate pula diniagakan pada AS$77.74 setong, naik AS$0.41. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan