Jenazah Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, selamat dikebumikan pada 11.25 malam tadi.
Jenazah Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, selamat dikebumikan pada 11.25 malam tadi.
SEPANG – Jenazah Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, selamat dikebumikan pada 11.25 malam tadi.

Jenazah sebelum itu tiba di Masjid Taman Putra Perdana untuk dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang selepas selesai dibedah siasat pada 9.36 malam.

Sebaik selesai solat jenazah di masjid berkenaan pada 10.45 malam, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Taman Putra Perdana di sini untuk dikebumikan dan disaksikan lebih 100 anggota keluarga dan rakan mangsa.

Mayat remaja itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh pada 5.45 petang tadi.

Dalam tragedi malam semalam, seramai enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy yang dilaporkan lemas di lokasi terbabit petang semalam.

Mereka ialah empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota daripada BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Kejadian berlaku pada 9.15 malam ketika mereka baru sahaja memulakan operasi mengesan remaja berkenaan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan