Rawatan wajah dengan teknologi baharu bagi mendapatkan kulit halus dan mulus serta kekal muda.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini anda terpaksa menahan kepedihan untuk mendapatkan kulit wajah yang lembut dan licin, kini anda tidak perlu melalui pengalaman tersebut untuk mendapatkan hasil yang sama.

Mudah, selamat, tidak menyakitkan, cepat dan efektif, itulah rawatan yang menggunakan teknologi terkini dari Sepanyol dikenali CooLifting.

Daripada namanya sahaja sudah boleh dibuat kesimpulan bahawa rawatannya seperti menyegarkan kulit wajah untuk kelihatan sihat dan berseri-seri.

Lebih menarik, ia lebih selamat dan berkesan daripada botox atau rawatan lain untuk mendapatkan kulit yang cantik.

IMG_2682
Wajah akan disembur dengan gas CO2 tanpa rasa sakit tapi menyejukkan.

Perkhidmatan yang pertama kali diperkenalkan di negara ini hanya boleh didapati di Lyfe Clinic yang terletak di Damansara Intan 1 di sini.

Pusat kecantikan ini memberikan anda pengalaman baharu untuk rawatan muka dengan teknologi baru bagi mendapatkan kulit halus dan mulus.

Pakar Kecantikannya, Dr. Anjalee Nair berkata, rawatan CooLifting hanya dibuat di bahagian muka dan leher tanpa melibatkan suntikan atau luka.

Jelas beliau, ketika rawatan, kulit pesakit ditembak dengan gas CO2 oleh mesin seperti pistol yang mengambil masa tidak sampai lima minit sahaja.

IMG_2706 (1)
Kulit wajah akan disapu dengan ice cooler selepas rawatan selesai.

“Kulit muka jika tidak dirawat dengan kaedah yang betul maka selnya seseorang individu itu akan rosak dan proses penuaan bermula walaupun usia masih muda.

“Sebelum ini kaedah digunakan untuk mendapatkan kulit muka yang muda, namun ia menyebabkan kulit merah dan sedikit pedih.

“Dengan CooLifting ini langsung tiada risiko. Selepas rawatan, pelanggan bebas melakukan aktiviti seperti biasa dan keluar ke mana sahaja,” ujarnya ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.

Menurut Anjalee lagi, sesiapa sahaja boleh mencuba rawatan ini sama ada kulit sensitif, berjerawat dan apa saja jenis masalah kulit.

IMG_2658
Dr Anjalee Nair

Malah kelebihan CooLifing ini katanya, tempoh rawatan yang singkat membolehkan pesakit datang pada waktu makan tengahari.

“CooLifting ini berfungsi mengembalikan semula keremajaan pada kulit kita. Apabila kita semakin tua, kulit akan mengalami kekeringan. Pencemaran juga salah satu faktor kulit mengalami penuaan.

“Apabila ini terjadi, kulit akan mengecut perlahan-lahan dan garis halus atau kedutan timbul. Pelanggan yang melalui rawatan CooLifting ini akan dapat merasa seperti air dalam bentuk angin dimasukkan semula ke dalam kulit wajah justeru mengurangkan kesan kecutan dan garis halus pada wajah sebelum ini,” jelasnya.

Anjalee menambah, rawatan CooLifting menjanjikan pelanggan berada dalam keadaan tenang, rasa sejuk di wajah dan langsung tidak menyakitkan sebaliknya menyeronokkan.

pix baru
Bilik rawatan yang selesa di Lyfe Clinic, Petaling Jaya.

“Kami mencadangkan proses rawatan antara empat ke enam sesi untuk mendapat kesan terbaik.

“Selepas rawatan, doktor akan memberikan nasihat berdasarkan keadaan kulit pelanggan.

“Selesai rawatan CooLifting, kulit pelanggan akan dipakaikan gel ice cooler supaya anda boleh terus keluar dan tanpa risau kulit terdedah kepada cahaya matahari,” katanya.

Harga untuk rawatan istimewa ini memang berbaloi sekiranya anda mengambil secara pakej iaitu hanya RM1,000 untuk satu sesi. – MalaysiaGazette

pix ba
Suasana tenang ketika mendapatkan rawatan di Lyfe Clinic.

Tinggalkan Jawapan