Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh 2.97 peratus kepada AS$104.7 bilion setakat 29 Jun lalu berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun.
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berada pada paras AS$103 bilion setakat 28 September lalu.

Dalam kenyataannya, Bank Negara berkata, kedudukan rizab tersebut mencukupi untuk menampung 7.4 bulan import dan 0.9 kali hutang luar jangka pendek.

“Paras rizab itu telah mengambil kira penyesuaian perubahan nilai tukaran wang asing selepas pengukuhan dolar Amerika berbanding rizab aset pelbagai matawang yang dipegang oleh Bank Negara bagi tempoh suku tahun.

“Hutang luaran jangka pendek kebanyakannya dimiliki oleh institusi perbankan yang merangkumi 69.3 peratus yang turut menunjukkan centralisasi pengurusan kecairan bank-bank tempatan yang beroperasi di rantau ini serta kewujudan bank-bank asing yang banyak di Malaysia.

“Institusi perbankan ini memegang aset luaran yang agak besar iaitu RM293 bilion dan boleh dikeluarkan bagi memenuhi tanggung jawab luaran mereka tanpa perlu menggunakan rizab antarabangsa Bank Negara,” kata bank pusat itu.- MalaysiaGazette