Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman 13 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan program sukan tiga tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan wanita yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa di mahkamah di sini esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Anak lelaki Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tengah hari tadi tadi.

Dia ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan, menurut sumber SPRM.

Penahanan lelaki itu mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009.

Beliau dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes yang membabitkan bapanya.

Abdul Azeez dibebaskan pagi tadi selepas ditahan reman selama 10 hari bagi siasatan membabitkan kontrak Lembaga Tabung Haji.

Lelaki itu dikatakan merupakan proaksi kepada bapanya. – MalaysiaGazette