Syed Zaid Albar

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkuatkuasa 1 November ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Ranjit Ajit Singh yang bersara pada 31 Oktober lalu.

Bulan lalu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pelantikan Syed Zaid berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, pelantikan Syed Zaid itu dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan