TERKINI : “Pakatan Harapan Mungkin Guna Kaedah Jerman Biayai Parti” – Tun Mahathir

77
0

Pakatan Harapan (PH) masih buntu mencapai kata putus berhubung bagaimana parti politik di negara ini akan memperoleh sumber kewangan bagi tujuan pengurusan parti.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya masih mencari formula terbaik bagi tujuan itu agar ia tidak dikaitkan dengan rasuah.

Katanya, ada parti komponen mencadangkan agar PH mengikut formula kerajaan Jerman, yang mana negara itu memberi peruntukan kepada parti politik supaya tidak bergantung kepada derma orang ramai.

“Masalah parti kita ialah tidak dapat wang untuk pengurusan parti. Kita telah mengatakan bahawa tidak akan ada rasuah dalam pengurusan parti.