Saiful Bukhari
Calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan berbual dengan peniaga kecil sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 06 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Calon bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau tidak menyangka rakyat Malaysia akan prihatin terhadap tabung khas dana PRK Port Dickson yang dilancarkan beliau, baru-baru ini.

Menurut beliau, baru seminggu dilancarkan jumlah sumbangan terhadap tabung khas dana sudah mencecah RM2,500.

“Jumlah itu diluar jangkaan saya dan bersyukur bila ada orang menyumbang.

“Saya punya dana untuk kempen sudah mencecah RM2,500 pada hari ini. Walaupun sedikit sebab kita mohon RM1 sahaja,” katanya ketika ditemui media selepas selesai mengadakan kempen mengedar plastik sampah biodegradasi di sekitar Pantai Teluk Kemang, hari ini.

Tabung khas itu dilancarkan Saiful Selasa lalu sebagai bantuan dan sokongannya untuk berkempen.

Menurutnya, tabung khas ini diwujudkan serta-merta bagi menjayakan agenda yang bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk kestabilan negara.

Ditanya samada jumlah itu boleh diertikan dengan sokongan yang diterima beliau, Saiful menjawab: Dana itu bukan hanya dilanjutkan kepada warga Port Dickson sahaja, sumbangan yang saya perolehi juga meliputi semua bangsa. Ada Cina, Melayu, India,”.

Saiful kini dalam kempen bagi merebut kerusi Parlimen Port Dickson bersama enam lagi pencabarnya, iaitu Presdien PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili Pas, dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai calon bebas.

Empat yang lain adalah personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan A.Rajendra. -MalaysiaGazette