Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail. foto FAREEZ FADZIL, 21 SEPTEMBER 2018

PORT DICKSON – Kehadiran Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin ini dalam ceramah di tapak ekspo Batu 6, boleh dianggap sebagai magnet untuk menarik pengundi turun pada 13 Oktober depan.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, parti itu beranggapan kehadiran pemimpin tertinggi PH kali pertama ke Port Dickson akan dapat menarik minat pengundi untuk mengundi sekaligus dapat melonjakkan peraturan keluar pengundi pada hari berkenaan.

“Tun Mahathir datang tu macam magnet, menarik pengundi turun mendengar ceramah.

“Kehadiran satu hari pun sudah amat besar bagi PKR,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama PH.

Saifuddin turut berkata kehadiran Dr Mahathir untuk berkempen bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan keteguhan solidariti pimpinan PH.

“Beliau (Dr Mahathir) menyatakan hasratnya semasa saya membentangkan mesyuarat PH, ketika itu beliau buat keputusan untuk hadir.

“Sekaligus akan dapat memadamkan khabar angin yang mengaitkan soal hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim.

“Sudah tentu akan beri satu penjelasan yang lebih jelas dan akan meredakan cakap-cakap daripada pihak tertentu yang motifnya cukup untuk Tun Mahathir jawab dengan kehadiran beliau,” katanya lagi.

Beberapa pemimpin lain juga akan hadir pada malam itu iaitu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan