Lima rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan beberapa buah kenderaan di Km255.3 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara selepas Terowong Menora di sini, hari ini, menurut polis.

IPOH – Lima rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan beberapa buah kenderaan di Km255.3 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara selepas Terowong Menora di sini, hari ini, menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira 11.47 pagi tadi, lima yang rentung adalah mangsa dalam kereta itu, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Ahmad Adnan Basri.

Beliau berkata siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan bijih besi itu hilang kawalan dan memasuki lorong kanan sebelum menghimpit serta menggesel beberapa buah kenderaan lain.

“Sebuah kereta terhimpit antara penghadang jalan simen di sebelah kanan dengan badan treler sebelum terbakar.

“Mangsa yang berada dalam kereta rentung kerana tidak dapat keluar akibat tersepit manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya dan menurutnya kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

— BERNAMA