Sebanyak 50 orang maut dan lebih 100 lagi cedera selepas sebuah lori tangki terbakar di Kisantu, Congo. foto Agensi

KINSHASA – Sekurang-kurangnya 50 orang mati selepas kapal tangki minyak bertembung dengan sebuah kereta di jalan utama di barat Congo.

Insiden itu berlaku berhampiran bandar Kisantu, antara ibu kota Kinshasa dan Pelabuhan Matadi.

Kira-kira orang cedera, kata Gabenor Wilayah Tengah Congo, Atou Matabuana.

“Api merebak dengan cepat memusnahkan kediamanberdekatan,” lapor radio Okapi.

Kejadian seumpama itu kerap berlaku di Afrika.

Pada tahun 2010, seramai 220 orang terkorban selepas sebuah lori tangki terbalik dan menyebabkan sebahagian besar sebuah kampung terbakar. – MalaysiaGazette