gempa bumi

HAITI- Satu gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer yang berpusat kira-kira 20 kilometer dari barat daya Ti Port-de-Paix menggegarkan pesisir utara pantai negara tersebut kira-kira 12.11 pagi Ahad.

Menurut Agensi Perlindungan Awam Haiti, beberapa kecederaan telah dilaporkan bagaimanapun laporan terperinci mengenai mangsa dan kerosakan secara keseluruhan akibat gempa bumi tersebut masih belum diketahui.

Haiti merupakan salah satu kawasan yang berada di lingkaran gunung berapi yang mana kira-kira 90 peratus daripada kejadian gempa bumi berlaku di lingkaran tersebut.

“Pasukan kami dari utara dan selatan menyaksikan keadaan panik berlaku di beberapa bandar,” kata agensi berkenaan.

Presiden Haiti, Jovenel Moise pula mengesahkan gempa bumi dengan magnitud 5.9 telah melanda negara tersebut.

Ia merupakan gempa bumi terkuat pernah melanda negara itu sejak 2010 yang telah mengorbankan lebih 220,000 mangsa manakala lebih 300,000 tercedera serta menjejaskan kira-kira tiga juta orang. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan