Meng Hongwei. foto Aljazeera
Meng Hongwei. foto Aljazeera

LYON – Agensi polis antarabangsa, Interpol menggesa China untuk menjelaskan kedudukan presidennya, Meng Hongwei yang hilang ketika melawat negara itu.

Interpol berkata, pihaknya bimbang dengan kedudukan presidennya.

Keluarga Hongwei tidak lagi mendengar khabarnya sejak beliau meninggalkan ibu pejabat Interpol di Lyon pada 25 September lalu.

Sehingga kini China belum membuat sebarang kenyataan rasmi.

Media South China Morning Post memetik sumber sebagai berkata, Hongwei, 64, telah ‘dibawa’ bagi soal siasat oleh China.

Bagaimanapun, ia belum jelas mengapa Presiden Interpol itu disiasat oleh pihak berkuasa atau di mana beliau ditahan, kata media itu.

Awal minggu ini, pelakon Fan Bingbing, yang hilang di China pada bulan Julai, muncul dengan permohonan maaf dan denda 883 juta yuan (AS$129 juta; £ 98.9 juta) kerana mengelak cukai dan kesalahan lain.

Di laman web Interpol dan mengutip Ketua Setiausaha Agung Juergen Stock, ia berkata: “Interpol telah meminta melalui penguatkuasaan undang-undang China untuk mengesan Presiden Meng Hongwei.

“Setiausaha Agung Interpol berharap mendapat respon rasmi daripada pihak berkuasa China untuk menangani kebimbangan mengenai kesejahteraan presiden.” – MalaysiaGazette