Gambar seekor monyet yang duduk di atas stereng menyebabkan seorang pemandu digantung kerja. foto Youtube

NEW DELHI – Seorang pemandu bas India digantung kerana membenarkan seekor monyet ‘memandu’ bas.

Tindakan itu dibuat oleh majikan pemandu itu atas sebab tidak mahu mengambil risiko keselamatan penumpang dengan membenarkan seekor monyet memegang stereng.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu, menurut agensi pengangkutan India – yang disifatkan sebagai aksi luar biasa – selepas aksi monyet itu tular di media sosial.

Menurut seorang saksi, monyet itu naik di atas bas berkenaan bersama penumpang lain dan enggan duduk di tempat lain tetapi bersama pemandu.

Bas itu membawa penumpang di sekitar Davanagere.

Pemandu berkenaa, Prakash membenarkan monyet berkenaan berada di atas stereng dan memegang stereng sambil meneruskan perjalanan.

Malah, sepanjang pemanduan itu, monyet berkenaan tidak menganggu pemandu berkenaan.

Haiwan itu kemudian turun ke destinasi bersama pemiliknya dan Prakash meneruskan pemanduannya. – MalaysiaGazette