Kira-kira .4 juta penduduk terjejas selepas Pulau Sulawesi dilanda gempa bumi dan tsunami pada 28 September lalu.

JAKARTA – Pasukan pencari dan penyelamat akan menghentikan operasi mencari mangsa-mangsa yang hilang dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di Pulau Sulawesi pada Khamis ini.

Setakat ini, sejumlah 1,763 orang terkorban dalam gempa bumi kuat dengan 7.5 magnitud pada 28 September lalu.

Buat masa ini, mayat-mayat mangsa terkorban masih lagi dikesan dalam runtuhan bangunan di Palu dan kawasan kediaman.

“Pencarian tamat pada 11 Oktober,” kata Ketua Agensi Bencana Alam Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Jelasnya, mangsa-mangsa yang tidak ditemui akan diisytiharkan hilang.

Beratus-ratus mangsa dipercayai tertimbus dalam lumpur dan runtuhan di selatan Palu, kawasan paling terjejass dengan bencana itu. – MalaysiaGazette