KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang di Wilayah Persekutuan.

Keputusan pemilihan bagi Wilayah Persekutan menunjukkan Rafizi memperolehi 2,935 manakala Azmin mendapat 2,794 iaitu perbezaan majoriti 135 undi.

Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota dari 13 Cabang parti itu seawal pukul 10 pagi dan berakhir pukul 5 petang tadi.

Antara cabang itu ialah Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak, Labuan dan Putrajaya.

Willayah Persekutuan merupakan negeri keenam melaksanakan proses pemilihan yang pertama kali menggunakan sistem ‘e-undi’.

Dengan keputusan tersebut, ia menunjukkan Rafizi mengatasi Azmin dengan jumlah 49 undi.

Sehingga kini enam negeri (Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan) telah melaksanakan pemilihan parti tersebut. – MalaysiaGazette