TERKINI : “Islam Tak Suruh Cari Salah Sampai Panjat Rumah Orang” – Tun Mahathir

64
0

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ajaran Islam tidak menyuruh umatnya untuk mencari kesalahan secara keterlaluan.

Apatah lagi jelas Perdana Menteri, kesalahan itu dicari sehingga menceroboh kediaman orang lain. “Islam tidak suruh kita nak cari salah sahaja sampai hendak ‘rabat’ (panjat) rumah orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan 2018 Penuaan, Pembelajaran & Teknologi Memperkayakan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti di Petrosains KLCC di sini hari ini.

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mahathir diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa tiada lagi operasi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Sebaliknya, Muhajid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan. – MalaysiaGazette