Jamal Khashoggi. foto Agensi

ANKARA – Pendakwa Raya Turki membuka kertas siasatan berhubung kehilangan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Khashoggi merupakan pengkritik Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.

Kelibatnya tidak kelihatan sejak Selasa lalu selepas beliau memasuki pejabat Pesuruhjaya Arab Saudi di Istanbul.

Sumber-sumber Turki yang dipetik oleh Reuters dan Washington Post berkata, wartawan itu dipercayai dibunuh dalam pejabat pesuruhjaya itu.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak memberi bukti terhadap dakwaan itu atau bagaimana Khashoggi dibunuh.

Sumber berkata, pasukan keselamatan telah tiba di Istanbul untuk menyiasat wartawan itu.

Arab Saudi bagaimanapun belum mengulas mengenai dakwaan tersebut tetapi sumber Pesuruhjaya negara itu mendakwa kenyataan yang dipetik oleh dua media itu tidak berasas.

Sebelum ini, Putera Mohammaed berkata kepada Bloomberg bahawa pihak berkuasa Turki dialu-alukan untuk mencari wartawan itu dalam bangunan tersebut.

Media Turki pula melaporkan pihak pendakwa raya sedang memantau kes itu secara rapat. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan