Calon bebas P.132 Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong menunjukkan laporan polis berkenaan beberapa pekara berkaitan kelakuan calon sepanjang tempoh berkempen di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 08 OKTOBER 2018
Calon bebas P.132 Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong menunjukkan laporan polis berkenaan beberapa pekara berkaitan kelakuan calon sepanjang tempoh berkempen di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 08 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong hari ini membuat satu laporan polis ke atas calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan cubaan menyogok pengundi kawasan itu.

Steven berkata. Anwar cuba berbuat demikan ketika mengumumkan tiga projek untuk rakyat di Port Dickson dan program percuma tuisyen dalam talian untuk pelajar.

“Kami percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melanggar Seksyen 10 (a) dan (b) Akta Kesalahan  Pilihan Raya 1954 yang berkaitan dengan penyongokan,” katanya ketika ditemui media di luar perkarangan Balai Polis Port Dickson.

Stevie membuat laporan itu jam 12 tengahari dan keluar 20 minit kemudian.

Dalam laporan itu, Stevie mendakwa Anwar dalam ceramah perdana di Sri Tanjung telah memberitahu pengundi Port Dickson bahawa beliau telah memperoleh tiga projek untuk rakyat.

Antaranya projek pelancongan hotel lima bintang, program latihan penerbangan dan pendidikan program kepada pengundi kawasan itu.

Ini bukan kali pertama dakwaan seumpama itu dilakukan oleh calon-calon bebas di Port Dickson.

Sebelum ini Saiful Bukhari Azlan turut mendakwa Anwar menyalahgunakan aset dan jentera kerajaan dalam siri kempen di kawasan itu.

Saiful berkata Anwar telah melanggari perkara tiga ikrar tersebut yang memperuntukkan mana-mana calon tidak boleh menggunakan sumber, kenderaan, kakitangan, program dan jentera kementerian untuk kerja-kerja pilihan raya.

Katanya, Anwar telah melanggar ikrar yang ditandatanganinya kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). – MalaysiaGazette