SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini selepas Washington mempertimbangkan semula untuk memberikan pengecualian kepada sekatannya terhadap eksport mentah Iran bulan depan.

Niaga hadapan minyak mentah antarabangsa Brent berada pada AS$83.53 setong pada 0028 GMT, turun AS$0.63 sen atau 0.75 peratus berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun AS$0.39 sen atau 0.5 peratus kepada AS$73.95 setong.

Sekatan ke atas minyak Iran oleh Amerika Syarikat disasarkan mulai 4 November ini dan Washington telah memberi tekanan ke atas kerajaan-kerajaan dan syarikat-syarikat di seluruh dunia agar menghentikan import minyak Iran.

Namun, Amerika Syarikat pada hari Jumaat lalu berkata, ia bersedia memberi pertimbangan pengecualian kepada negara-negara yang sudah menunjukkan usaha mengurangkan import minyak Iran. – MalaysiaGazette