Meng Hongwei. foto Aljazeera
Meng Hongwei. foto Aljazeera

BEIJING – Presiden Interpol ditahan bagi siasatan berhubung kes rasuah.

Meng Hongwei sebelum ini dilaporkan hilang selepas terbang dari Ibu Pejabat Interpol di Perancis ke China.

Isteri Hongwei yang mendedahkan kehilangan suaminya memaklumkan Naib Menteri Keselamatan Awam China itu ada menghantar emoji pisau pada hari beliau dilaporkan hilang.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Keselamatan Awam China berkata, siasatan yang dilakukan adalah betul, bijak dan menunjukkan keazaman negara itu untuk menangani rasuah.

Interpol adalah agensi polisi global yang menyatukan pasukan polis seluruh dunia, terlibat dalam mengesan individu hilang dan dikehendaki. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan