Ratusan pekerja Lynas Corporation Ltd (Lynas) dari pelbagai latarbelakang termasuk kaum keluarga bertindak mengadakan demonstrasi secara aman dengan laungan ‘YAB Tun bantu kami’ semalam di  Pantai Balok, Kuantan.
Ratusan pekerja Lynas Corporation Ltd (Lynas) dari pelbagai latarbelakang termasuk kaum keluarga bertindak mengadakan demonstrasi secara aman dengan laungan ‘YAB Tun bantu kami’ semalam di  Pantai Balok, Kuantan.

KUANTAN – Ratusan pekerja Lynas Corporation Ltd (Lynas) dari pelbagai latarbelakang  bertindak mengadakan demonstrasi secara aman dengan laungan ‘YAB Tun bantu kami’ semalam di  Pantai Balok, Kuantan.

Lynas dalam satu kenyataan kepada MalaysiaGazette sebentar tadi memberitahu, demonstrasi aman itu diadakan selepas syarikat nadir bumi dikatakan sedang berdepan dengan penutupan kelak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze baru-baru ini telah melahirkan kebimbangan ratusan rakyat Malaysia berkemungkinan berhadapan dengan risiko kehilangan pekerjaan sekiranya operasi syarikat ini ditutup.

MGF02102018_PC LYNAS MALAYSIA_03
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Corporation, Amanda Lacaze.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membuat kajian semula berhubung operasi syarikat gergasi itu yang dipercayai memiliki hampir 97 peratus pekerja dalam kalangan rakyat tempatan.

Demonstarasi yang pertama kalinya diadakan hasil inisiatif pekerja Lynas sendiri yang turut berasa bimbang ‘periuk nasi’ mereka akan terjejas sekiranya apa-apa tindakan drastik dikenakan ke atas syarikat ini.

Rata-rata mereka yang memakai baju merah memegang papan tanda dan poster yang menyeru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ‘campurtangan’ dalam menyelamatkan Lynas yang menjadi lubuk rezeki mereka.

Ada juga kain rentang yang menyebut, ‘Selamatkan Lynas’. ‘Lynas Selamat’, ‘Selamatkan kerja kami’, ‘Kami sokong Lynas’’Kami Warga Lynas’ dan ‘Kami Warga Kuantan’.

Sejak beroperasi pada 2013, Lynas telah menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 700 pendudukl  tempatan dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, pada awal Julai lalu, Kabinet mengarahkan satu jawatankuasa khas diketuai ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack memantau dan mengkaji semula operasi kilang memproses nadir bumi itu.

Setakat ini syarikat ini juga telah melabur sebanyak RM3 bilion selain RM500 juta dibelanjakan bagi pelbagai tujuan yang memberi manfaat ekonomi negara. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan