KUALA LUMPUR – Pelabur asing merekodkan aliran keluar sebanyak RM69 juta pada minggu lalu – pelupusan kedua paling kecil setakat tahun ini.

Walau bagaimanapun, Malaysia menyaksikan tahap aliran keluar asing yang paling rendah minggu lalu dalam kalangan 4 pasaran ASEAN.

MIDF Research berkata, bursa menyaksikan aliran masuk asing yang baik sebanyak RM19.7 juta pada hari Isnin tetap dibawa keluar sebanyak RM36 juta pada hari Selasa walaupun pakatan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Kanada disemak semula.

Pelabur asing merekodkan aliran masuk sebanyak RM70 juta pada hari Rabu dan Khamis.

Menariknya, kata firma penyelidikan itu, pelabur-pelabur asing serantau seperti Filipina, Thailand dan Indonesia mengurangkan pendedahan mereka pada tempoh sama.

Bagaimanapun, katanya, dana-dana luar pesisir kembali pada hari Jumaat kepada RM209.3 juta, paras tertinggi dalam dagangan 16 hari.

Setakat Jumaat lalu, katanya, jumlah aliran keluar dari Malaysia ialah RM8.6 bilion, kira-kira 86 peratus daripada aliran masuk bersih sebanyak RM10.3 bilion.

MIDF Research menambah, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai negara paling rendah aliran keluar pelabur asing dalam empat pasaran ASEAN.

Tetapi penyertaan pelabur asing susut dengan nilai dagangan purata harian (ADTV) jatuh 8.2 peratus di bawah paras RM1 bilion buat kali pertama dalam tempoh 13 minggu.

Manakala penyertaan pasaran runcit dan dana institusi tempatan kekal baik, masing-masing melepasi RM800 juta dan RM1 bilion. – MalaysiaGazette