Walaupun Mohamed Azmin setakat ini telah mengumpul 58,949 undi iaitu mendahului Rafizi yang memperoleh 55,628 dengan majoriti 3,321 undi, tetapi kemenangan belum pasti buat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.
Walaupun Mohamed Azmin setakat ini telah mengumpul 58,949 undi iaitu mendahului Rafizi yang memperoleh 55,628 dengan majoriti 3,321 undi, tetapi kemenangan belum pasti buat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendahului pesaingnya Datuk Seri Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden parti itu apabila beliau dipilih dalam pemilihan di Wilayah Persekutuan hari ini.

Keputusan itu menjadikan Rafizi menang di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang daripada keseluruhan enam negeri yang telah pun menjalankan proses pemilihan setakat ini.

Dua lagi negeri yang telah selesai tetapi memilih Azmin adalah Pulau Pinang dan Johor.

Rafizi memperoleh sebanyak 19,160 undi  atau 50.1 peratus apabila menang di 51 dari 88 cabang  manakala Azmin meraih sebanyak 19,112 undi atau 49.9 peratus iaitu menang di 37 cabang.

Bagi pemilihan Wilayah Persekutuan, undi rasmi (tanpa undi ragu) menunjukkan Rafizi menang dengan 2,934 undi, berbanding  Azmin yang mendapat 2,794 undi (kelebihan 177 undi).

Beliau menang di tujuh cabang daripada keseluruhan 13 yang menjalankan pemilihan.

Rafizi di laman Facebook melahirkan rasa terharu beliau melihat kesungguhan anggota parti di seluruh negara yang turun beramai-ramai menyertai pemilihan tersebut.

“Sepanjang 3 hari lepas, ribuan anggota parti berjemur dalam panas untuk menyertai pesta demokrasi parti yang terbesar di Malaysia ini,” katanya.

Beliau juga juga melahirkan rasa  terhutang budi kepada sahabat-sahabat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memberi undi dan memenangkannya.

“Setakat ini #Reformasi20Tahun menang di 4 dari 6 buah negeri dan telah meletakkan saya dan Saudara Akmal Nasir mendahului persaingan Timbalan Presiden dan Ketua AMK.

“Lebih ramai juga calon-calon #Reformasi20Tahun yang kini menduduki senarai 20 calon MPP.

“Sama-sama kita usahakan supaya kita mendapat keputusan yang lebih baik minggu depan di cabang-cabang di Selangor,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan