Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diberi taklimat mengenai Proton X70.

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa memandu uji Proton X70, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton Holdings Berhad (Proton).

Baginda memandu uji model Proton X70 Executive AWD 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI).

Terdahulu, Sultan Johor menerima menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Semasa kunjungan itu, Radzaif dan Abdul Rashid turut menyampaikan taklimat kepada Baginda mengenai ciri-ciri istimewa Proton X70 selama hampir sejam. – MalaysiaGazette