TERKINI : ‘Macamlah Menteri Agama Ini Bodoh Sangat’ – Mujahid

123
0

Agamawan dan pemimpin yang dihormati masyarakat sewajarnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum menyerang dan mengeluarkan kenyataan hingga menghina secara terbuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, malangnya ada segelintir ulamak menunjukkan sikap seperti netizen yang tidak sepatutnya diperbincangkan di laman sosial.

“Macamlah menteri agama ini bodoh sangat, macamlah menteri agama tidak ada agama di Malaysia. Cakap orang di media sosial ini saya tak hairan, itu bukan tahap kita untuk bincangkannnya.

“Kadangkala yang cakap ini (maki hamun) ini orang agamawan, mereka dihormati oleh masyarakat.

“Paling tidak ambillah satu sikap, biar kita minta penjelasan daripada menteri dahulu, apa sebenarnya berlaku, kalau dia hormat dia (menteri),” katanya ketika berucap di Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS), di sini, hari ini.