Calon bebas, Tan Sri Isa Samad beramah mesra dengan anggota tentera semasa meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 OKTOBER 2018
Calon bebas, Tan Sri Isa Samad beramah mesra dengan anggota tentera semasa meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Isa Samad berkata, banyak parti akan cuba merisik beliau sekiranya keputusan PRK ini memihak kepadanya berbanding calon popular, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara berseloroh, beliau berkata sekiranya diangkat sebagai ahli Parlimen kawasan ini, maka nilai beliau sebagai individu akan naik membolehkannya memilih parti mana yang hendak disertai beliau.

“Saya tidak fikir lagi sama ada nak masuk parti kerajaan atau kembali kepada UMNO (kalau menang kerusi Port Dickson).

“Kalau menang nanti banyak parti yang akan merisik saya. Nilai sebagai individu pun naik,” katanya ketika melawat pusat pengundian di Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson sebentar tadi.

Beliau yang hadir jam 12.10 tengahari mengambil masa 15 minit untuk meninjau proses pengundian melihatkan 577 anggota polis di lima pusat pengundian di sini.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata apa-apa keputusan berhubung perkembangan politik beliau akan diumumkan selepas PRK Port Dickson selesai 13 Oktober ini.

“Biar saya menang dulu, lepas PRK saya akan fikir nak masuk parti mana. Buat masa ini fokus saya adalah untuk PRK lagi.

“Mengenai hati untuk pilih parti mana selepas menang, hanya Tuhan yang tahu. Belum ada kecenderungan ke arah parti mana,” katanya lagi.

Isa Samad antara tujuh calon yang merebut kerusi P132 Port Dickson selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, bertindak melepaskan jawatannya pada 12 September lalu bagi membuka jalan untuk PresidenPKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat.

Selain Isa Samad dan Anwar Ibrahim, PRK PD turut ditandingi lima lagi calon antaranya Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Chan Keng Leong, Kan Chee Yuen dan calon Pas,

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar. – MalaysiaGazette