Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anuar Ibrahim berucap pada Program Malaysia A New Dawn di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OKTOBER 2018
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anuar Ibrahim berucap pada Program Malaysia A New Dawn di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR- Reformasi Malaysia sama ada dari segi ekonomi mahupun institusi tidak akan dicapai sekiranya sistem meritokrasi tidak dilaksanakan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, urusniaga dan aktiviti yang berpaksikan hak istimewa dan naungan (patronage) perlu dihapuskan supaya setiap pihak sama ada kerajaan, sektor swasta malah rakyat sendiri mempunyai peluang yang sama rata.

“Siapa kata Melayu tidak boleh bersaing?

“Sebagai orang Melayu saya rasa terhina bila orang cakap kita tidak mampu bersaing dan berjaya,” katanya semasa sesi Up Close and Personal sempena Persidangan¬†Malaysia A New Dawn di sini hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu bagaimanapun menegaskan, walaupun meritokrasi dilaksanakan golongan miskin dan lemah tidak boleh dipinggirkan.

“Walaupun kita perlu menghapuskan ketidaksamaan namun perlindungan sosial dan program pembasmian kemisminan tidak boleh dihentikan,”tegasnya.

Tambah Anwar, sektor swasta dan pelaburan langsung asing (FDI) perlu menjadi pemacu kepada pertumbuhan negara tetapi langkah afirmatif perlu diambil bagi memastikan golongan miskin dan lemah tidak ketinggalan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan